Monday, April 30, 2012

xxxvi) Perancangan Bahasa (Perancangan Taraf)

Perancangan taraf bahasa Melayu melibatkan tiga perkara penting terhadap bahasa Melayu, iaitu :

i) Bahasa kebangsaan
ii) Bahasa rasmi
iii) Bahasa pendidikan.


i) Bahasa Kebangsaan.

   Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat besar ertinya, terutama sebagai lambang dan unsur penyatuan bangsa Malaysia. Tentu sukar diterima akal bahawa bahasa yang dinobatkan sebagai bahasa bagi 25 juta orang (dalam konteks Malaysia saja) tidak dapat menjadi wahana pemikiran moden, sedangkan transformasi budaya terus-menerus berlangsung. Oleh itu, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus mengukuhkan potensi bahasa tersebut sebagai bahasa yang dapat berinteraksi dengan isu-isu dunia moden.



ii) Bahasa Rasmi 

Taraf bahasa rasmi yang ditetapkan bagi bahasa Melayu pula menyediakan ruang yang cukup luas bagi bahasa Melayu berkembang dalam bidang-bidang profesional seperti pentadbiran, pengurusan, undang-undang, ekonomi, dan lain-lain. Hal ini demikian kerana menurut tafsiran Perlembagaan, istilah rasmi merujuk kepada segala urusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Pentadbiran Awam. Dengan tafsiran itu dan dengan andaian bahawa tafsiran itu berlaku sepenuh-penuhnya, maka tidak diragui bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa moden, iaitu bahasa yang dapat mengungkapkan konsep-konsep kehidupan moden. Dapat dikatakan bahawa seluruh konsep yang berkaitan dengan urusan rasmi kenegaraan mewakili kehidupan dunia moden. Yang menjadi soal ialah kemampuan dan kesediaan semua kalangan yang terlibat dalam pentadbiran negara menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi.


iii) Bahasa Pendidikan 

Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan atau bahasa ilmu menyediakan ruang yang cukup luas untuk kita memupuk bahasa tersebut sebagai bahasa moden. Hal ini demikian kerana asas kehidupan moden yang terpenting ialah ilmu. Bahasa yang mampu mengungkapkan hal ehwal ilmu dengan sendirinya adalah bahasa moden. Dengan potensinya yang telah terbukti pada zaman gemilang tamadun Melayu-Islam sebagai bahasa ilmu, dan dengan dibantu oleh adanya Dasar Bahasa Kebangsaan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu kini sedang ada di landasan menuju kesempurnaannya sebagi bahasa moden. Bahasa Melayu bukan saja dapat menjadi wahana penyebaran ilmu di peringkat persekolahan dan dalam bidang sains sosial, malah terbukti mampu menjangkau ke peringkat universiti dan masuk ke medan ilmu-ilmu di peringkat persekolahan dan dalam bidang sains sosial, malah terbukti mampu menjangkau ke peringkat universiti dan masuk ke medan ilmu-ilmu sains tabii dan bidang teknikal. Singkatnya, bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa perantaraan untuk komunikasi ilmu sejagat.

Friday, April 27, 2012

xxxv) Terima Kasih Pemandu Bas




Pada semester 4 pengajian saya di UPSI, saya telah mengalami berbagai masalah antaranya, selepas selesai kuliah di Proton City, kami bergegas ke tempat menunggu bas. Sebelum menaiki bas kami memastikan bas yang kami akan naiki itu akan bergerak ke Taman Bernam kerana kuliah sepelas itu akan berlangsung di situ. Selepas setengah jam kami menunggu bas kerana bas yang akan ke Taman Bernam tidak ada. Dalam keadaan yang terdesak kerana kami telah kelewatan untuk ke kelas, saya berjumpa dengan seorang pemandu bas.

Saya                   :  Tolonglah encik...kami dah lewat ni...hantar lah kami ke Taman Bernam...
Pemandu Bas    :  Ada saya kisah korang lambat ke tak?

Komen:
Itulah sikap pemandu bas di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mereka bertutur dengan cara yang tidak bersopan dengan pelajar. Malah sanggup melengahkan masa demi untuk pergi menjamu selera dan sebagainya tanpa mengabaikan kepentingan kami sebagai pelajar yang harus mematuhi masa kuliah yang telah ditetapkan.

Thursday, April 26, 2012

xxxiv) Lidah Tak Bertulang

Pada hari ini, terdapat seorang pelajar yang menggunakan bahasa cakap mulut semasa membuat pembentangan dalan kelas Semantik dan Pragmatik. Dia bertanya seperti berikut:
i) Macam mana kamu tahu bahawa hiponim sama maksud dengan hipernim?


Komen:
Bahasa basahan juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Klausa “macam mana” tidak sesuai digunakan dalam situasi formal. Sepatutnya adalah seperti berikut:
i) Bagaimana kamu tahu bahawa hiponim sama maksud dengan hipermin?

Wednesday, April 25, 2012

xxxiii) Panggilan Kehormat

Menggunakan panggilan mesra pada orang yang patut dihormati

Pengamatan pertama: Ada sekumpulan pelanggan di sebuah restoran di Kuala Lumpur, dua orang lelaki dan seorang wanita (Disember 1991). Semuanya berpakaian kemas. Jelas mereka itu ahli profesional. Pelayan datang meminta pesanan.

Pelayan “Encik nak makan apa?”

Lelaki Pertama “Nasi beriayani dengan ayam.”

Pelayan “Minum?”

Lelaki pertama “Air suam.”

Pelayan beredar kepada lelaki kedua dan mendapat pesanan yang sama. Dia terus pergi kepada wanita pula.

Pelayan “Mak Cik nak makan apa?”

Perempuan “Siapa Mak Cik?”

Pelayan, “Oh! Kakak!”

Wanita “Saya bukan kakak kamu ... Saya bukan Mak Cik kamu, saya bukan Nenek kamu. Saya pelanggan. Hormatlah pada pelanggan kamu....”

Pelayan “Bila saya tak hormat! aya sudah panggil Mak Cik! Nak panggil apa! Kita pun ada budi bahasa ....”

Pelanggan meninggalkan restoran.

Analisis: Pelayan restoran itu telah menggunakan bentuk panggilan keluarga di dalam konteks rasmi sebuah transaksi perniagaan. Bentuk panggilan keluarga menunjukkan hubungan keluarga. Ia tidak sama dengan konteks hormat yang perlu difahami dalam hubungan perniagaan. Di restoran, pelanggan adalah orang dihormati, bukan orang yang perlu dikeluargai. Peraturan budaya Melayu yang dilanggar ialah:

a. Pelayan itu tidak mengetahui bentuk panggilan hormat. Dia menyangkan panggilan “kakak dan mak cik” itu hormat. Oleh sebab itu dia melawan dan mengatakan dia juga “berbudi bahasa”. Dia berniat hendak hormat, tetapi dia menggunakan bentuk panggilan yang salah. Bentuk panggilan hormat ialah “encik, cik dan tuan.”

Pelayan ini memang biadab atau “kurang diajar.” Itu sebabnya dia “melawan” pelanggan. Orang berbudi bahasa akan meminta maaf. Pelayan tidak ada pilihan. Pelanggan mesti dihormati dengan panggilan “Encik, Tuan, Cik, Cik Puan atau Puan.”

b. Pelayan juga menganggap panggilan keluarga itu panggilan hormat. Persoalannya, konteks jual beli itu konteks rasmi. Apabila panggilan keluarga itu digunakan dalam kepada orang bukan keluarga dalam konteks formal, maka panggilan itu menjadi biadab. Orang tidak mahu dikeluargai oleh orang yang tidak dikenali. Pelanggan mesti belajar menghormati pelanggan dengan panggilan hormat.

c. Restoran adalah konteks formal. Bentuk hormat perlu digunakan dalam transaksi perniagaan. Bahasa formal yang hormat ini ialah bahasa korporat. Bahasa keluarga dari alam kampungan sama sekali tidak wajar digunakan dalam konteks perniagaan, sama ada kecil atau besar.

Tuesday, April 24, 2012

xxxii) Melayu Mudah Lupa




Melalui Bulan Bahasa Kebangsaan yang dianjurkan setiap tahun, semua warga Malaysia diingatkan untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan selain daripada usaha membolehkan kita menguasai bahasa Melayu dengan tepat.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bercadang melaksanakan proses alih suara bagi rakaman suara individu yang menggunakan bahasa Inggeris dalam sesi temu bual berbahasa Melayu sebagai usaha mengukuhkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang penyiaran.

Pada pendapat saya, mutu penggunaan tatabahasa Melayu dalam pelbagai program yang disiarkan oleh stesen televisyen dan radio milik kerajaan dan swasta masih berada di tahap rendah.

Usaha perlu dilaksanakan dan membabitkan semua stesen penyiaran bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
 
Ramai ahli bahasa khuatir dengan aliran pertuturan bahasa rojak iaitu campuran bahasa Melayu dan Inggeris yang mencerminkan ketidakyakinan terhadap bahasa Melayu dan penggunaannya dengan betul.
 
Fenomena bahasa rojak yang kian menjadi-jadi. Bertutur dalam bahasa kebangsaan tetapi dicampuradukan dengan bahasa Inggeris sudah menjadi lumrah dan kebiasaan.

Daripada pertuturan harian sehinggalah kepada program-program televisyen, radio dan iklan kita semakin terdedah kepada bahasa rojak.

Malah sebahagian anggota pentadbiran kerajaan kita juga cenderung menggunakan bahasa rojak termasuk dalam ucapan di majlis dan sidang akhbar yang kemudian disiarkan menerusi televisyen.

Sungguhpun saya bukan pakar linguistik, saya berpendapat masa telah tiba bagi semua pihak untuk memperbetulkan fenomena bahasa rojak ini dan jangan jadikannya suatu budaya atau amalan harian di negara kita.

Monday, April 23, 2012

xxxi) Lunturnya Budi Bahasa Kita

Apabila bercakap tentang budi bahasa ramai akan berkata bahawa rakyat Malaysia terutama orang Melayu cukup kaya dengan nilai-nilai tersebut.

Lebih ekstrem lagi ada yang akan menjawab budi bahasa dan sopan-santun tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat timur terutama rakyat negara ini.

Tetapi adakah realitinya sama seperti yang diperkatakan itu. Adakah masyarakat kita mengotakan apa yang mereka kata apabila membabitkan budi bahasa?

Jika masyarakat kita mendakwa mereka menjadikan budi bahasa sebagai amalan apakah ukurannya?

Budi merupakan perbuatan atau akhlak yang baik terutama sesama manusia. Ia termasuk membabitkan tingkah laku, pertuturan dan perangai.

Termasuk juga dalam kategori budi itu ialah mereka yang jujur, ikhlas, pemurah, suka tolong orang, ada belah ihsan dan saling bantu membantu.

Tetapi apabila seseorang itu dikatakan berbudi bahasa maka ia bermaksud perbuatan, tingkah laku dan perangai yang baik termasuk pertuturannya sekali. Sebabnya, bahasa juga melambangkan sama ada seseorang itu berbudi atau tidak.

Apabila bercakap soal budi bahasa ia mencakupi aspek yang sangat luas. Ia membabitkan nilai dan norma hidup masyarakat kita.

Masyarakat yang berbudi bahasa adalah masyarakat yang terdiri daripada individu yang jujur, ikhlas, sopan, pemurah, saling tolong menolong, berakhlak mulia, menggunakan bahasa yang baik, hormat, menghargai orang lain, berterima kasih dan faham akan kedudukan orang lain.

Berbudi bahasa akan memberikan kesan yang baik kepada masyarakat. Ia merapatkan silaturahim, saling percaya-mempercayai dalam dalam konteks Malaysia dapat meningkatkan perpaduan antara kaum.

Budi bahasa sepatutnya dijadikan asas dalam proses membina masyarakat yang beradab dan bertamadun. Bagi orang Islam pula ia selari dengan ajaran agama.

Bukankah orang Islam apabila bertemu perlu mengucapkan salam? Tetapi adakah ia menjadi amalan dalam kehidupan seharian?

Adab mengenai salam juga sudah disusun dengan cantik. Yang baru sampai memberi salam kepada yang sudah lama sampai. Tetamu memberi salam kepada tuan rumah dan yang muda memberi salam kepada yang tua.

Semua itu merupakan perbuatan yang mempunyai kaitan dengan budi bahasa.

Berbudi bahasa pula bukan sekadar melayan orang yang bertanding ke rumah atau orang yang kita kenali dengan baik.

Tetapi untuk sesuatu masyarakat itu dianggap berbudi bahasa ia melibatkan pelbagai aspek.

Satu ketika rakyat negara ini melenting apabila satu laporan media barat mengatakan penduduk negara ini tidak atau kurang berbudi bahasa.

Kenapa kita perlu melenting sekiranya dalam kehidupan seharian budi bahasa memang tidak menjadi amalan kita terutama apabila berada di tempat awam.

Pernah kita meminta maaf apabila terlanggar bahu orang lain ketika di pasar raya atau di tempat yang agak sesak? Pernahkah kita mengucapkan terima kasih kepad pelayan yang menghantar air kepada kita? Atau hanya memandangnya dengan pandangan sinis kerana menganggap itu memang tugasnya.

Itu belum mengambil kira perbuatan membantu orang kurang upaya, orang tua, wanita mengandung mereka yang dalam kesusahan dan sebagainya.

Malah budi bahasa juga dinilai melalui kata-kata. Jika di lihat kepada bahasa yang digunakan oleh generasi muda hari ini, nilai-nilai budi bahasa itu semakin terhakis.

Orang yang berbudi bahasa akan melafazkan kata-kata yang mengandungi maksud yang baik dengan nada yang elok dan tidak menyakitkan perasaan orang lain.

Bahasa-bahas kasar yang kian berleluasa dan dilafazkan secara terpekik-pekik serta ditambah pula dengan kata-kata lucah tidak mencerminkan masyarakat yang berbudi bahasa.

Tetapi jangan pula apabila dengan berbudi bahasa itu kita akan menjadi menjadi masyarakat yang lemah. Sebaliknya ia akan menjadikan sesuatu bangsa itu lebih disegani dan dihormati.

Sebagai masyarakat timur terutamanya penduduk Melayu yang beragama Islam, mereka sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Budi bahasa juga akan membawa kepada masyarakat yang saling hormat menghormati tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

Tetapi jika dilihat kepada senario hari ini ia seolah-olah menggambarkan nilai-nilai murni dan budi bahasa semakin terhakis di kalangan masyarakat kita terutama generasi muda.

Perbuatan merosakkan harta benda awam, menconteng, tidak mematuhi peraturan, melawan guru dan sebagainya adalah contoh keadaan masyarakat kita yang semakin terpesong daripada landasan budi bahasa.

Malah kemalangan maut yang meragut ribuan nyawa setiap tahun juga sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan amalan budi bahasa.

Jika kita berbudi bahasa di jalan raya kamalangan tentunya dapat dielakkan.

Di mana silapnya? Adakah ibu bapa yang gagal berperanan atau guru-guru gagal memberikan didikan?

Jika dilihat kepada sistem kekeluargaan hari ini yang lebih bersifat materialistik ia sedikit sebanyak menyumbang kepada penghakisan budi bahasa di kalangan masyarakat.

Kerana sibuk anak-anak dan ibu bapa semakin jarang bertegur sapa. Kerana terlalu biasa duduk bersendirian tanpa pemantauan anak-anak menjadi tidak endah. Sikap itu tentunya akan dibawa pula ke sekolah. Pantang ditegur guru-guru pula menjadi mangsa.

Perkara ini jika tidak dibendung akan melahirkan masyarakat yang berjaya tetapi tidak ada jiwa.

Sebab itu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengambil inisiatif melancarkan Adab Sopan dan Nilai-nilai Murni bagi membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama serta cintakan negara.

Tidak ada maknanya jika Malaysia mencapai status negara maju tetapi rakyatnya langsung tidak berbudi bahasa.

Rakyat berkemahiran tinggi memang penting untuk negara. Tetapi pada masa sama ia juga memerlukan rakyat yang berbudi bahasa.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak empayar atau negara yang maju telah runtuh lantaran generasi yang mewarisinya gagal menjaga ketamadunan yang dicapai kerana mereka mempunyai moral yang rendah

Friday, April 20, 2012

xxx) Buta Bahasa

Orang Melayu, Cina, India dan semua kaum lain di negara ini faham bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan saja digunakan sebagai bahasa pertuturan setiap hari, malah ia adalah bahasa rasmi negara dan difahami sebahagian besar rakyat.

Sebagai warga negara, tidak ada seorang pun yang sepatutnya tidak tahu atau jahil terhadap bahasa Melayu. Jika pekerja asing boleh belajar bahasa Melayu dalam masa singkat dan menggunakannya dengan baik, tidak ada sesiapa yang boleh memberi sebarang alasan untuk tidak menggunakan bahasa Melayu, walau dari mana sekali pun asal usul keturunan mereka.
 
Mereka yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu adalah rakyat yang tidak patriotik kepada negaranya. Malah, mereka juga sanggup merosakkan negaranya dengan cara apa sekali pun.
Bahasa Inggeris, Mandarin Hokkien, Tamil dan bahasa etnik lain terus digunakan mengikut fungsi-fungsi tertentu. Selain bahasa Inggeris yang turut digunakan untuk tujuan pertuturan, perniagaan dan hubungan antarabangsa, penggunaan bahasa lain terbatas oleh penutur daripada kelompok kaum itu saja.

Di Malaysia, bahasa komunikasi paling meluas dan berkesan ialah bahasa Melayu. Jarang orang membeli ikan atau sayur di pasar menggunakan bahasa lain jika pembeli dan penjualnya berbeza kaum.

Mereka hanya bercakap bahasa ibunda jika pembeli daripada kaum yang sama. Kerajaan tidak melarang penggunaan bahasa ibunda kaum sebagai bahasa pertuturan dan komunikasi termasuk menerusi media cetak, elektronik dan segala bentuk saluran penyaluran maklumat.

Isunya ialah masih ada rakyat negara ini tidak tahu atau tidak faham bahasa, tidak kiralah menerusi bahasa apa sekali pun. Mereka tidak faham mesej yang disampaikan secara bertulis atau lisan, seolah-olah pada mereka bahasa yang ditujukan kepada mereka mempunyai simbol makna yang berbeza.

Jika mereka anak kecil sikap ini mungkin mudah difahami terutama anak-anak yang membuat kerenah untuk menarik perhatian ibu-bapa mereka. Anak kecil ini memberontak kerana ibu bapa mereka tidak mahu membelikan mereka sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan atau perkembangan mental mereka.

Anak kecil itu terus menangis meronta selagi tidak mendapat apa yang dihajatkan. Ibu bapa mereka bukan tidak mahu melayan kerenah anak mereka tetapi mereka tahu kesan daripada mengikut saja permintaan anak mereka itu. Mudah difahami, anak-anak bersikap demikian kerana mereka tidak faham bahasa.

Thursday, April 19, 2012

xxix) Adab Pelajar Terhadap Guru

Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan turun martabatnya menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh sebab itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa yang memuliakan Allah, syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia dimurkai Allah. Sesiapa yang dimurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh sebab itu seorang murid mestilah memelihara adab-adab ketika bersama-sama dengan guru. Antara lain adab tersebut adalah seperti berikut:

1. Memberi salam dan sentiasa hormat akan guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya, meminta izin terlebih dahulu.
4. Mencari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Menghindarkan diri daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberikan bantuan kepada guru apa-apa yang dapat dibantu.
8. Melakukan apa-apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Menggunakan bahasa yang baik sewaktu berinteraksi dengan guru.
10. Tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan guru

Wednesday, April 18, 2012

xxviii) Bulat Air Kerana Pembentung Bulat Manusia Kerana Muafakat




Orang tua-tua dahulu memerhatikan keadaan air yang berubah menjadi bulat apabila melalui pembetung yang mengalirkan air dari tali air ke dalam sawah. Bekalan air yang cukup yang disalurkan menerusi pembetung di sawah telah membesarkan dan menyuburkan padi yang ditanam. Dalam hal ini, air yang pada awalnya berselerak dan mengalir tanpa kawalan telah menjadi bulat dan dapat dialirkan menurut kemahuan kita apabila melalui pembetung.

Keadaan yang sedemikian dapat dibandingkan dengan kepentingan amalan pemuafakatan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Peribahasa muafakat membawa berkat membuktikan bahawa seandainya amalan ini disuburkan dalam komuniti setempat, apa-apa juga perancangan yang dibuat pasti akan dapat dijayakan. Secara tidak langsung, kesejahteraan hidup masyarakat juga akan terhasil dan dapat dipertahankan. Oleh itu, semangat peribahasa ini sewajarnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Tuesday, April 17, 2012

xxvii) Kurangnya Kesopanan Pelajar Terhadap Guru

Contoh


Contoh


Guru acap kali dibandingkan umpama lilin, membakar diri untuk kesejahteraan orang lain. Pengorbanan guru tidak ternilai. Walaupun begitu, kebanyakan pelajar zaman sekarang tidak menghargai jasa guru. Sebagai guru yang bertanggungjawab, biasanya tindakan akan diambil terhadap pelajarnya andai mereka melakukan kesalahan supaya kesalahan yang sama tidak diulangi. Malangnya sesetengah pelajar menganggap tindakan tersebut sebagai satu bentuk penghinaan dan merendahkan maruah diri mereka dalam kalangan pelajar lain.

Pada zaman dahulu, tindakan guru memukul atau mendenda pelajar dianggap oleh pelajar sebagai tindakan untuk memperbaiki kesalahannya atau untuk mendidik diri ke arah kebaikan. Namun kini, jika guru berbuat demikian pelajar akan meninggikan suara untuk menentang guru tersebut. Malah, ada yang tergamak untuk bertindak agresif dengan memukul guru. Perbuatan ini dianggap terkutuk dan pelajar ini terjerumus ke kancah hidup yang tidak bermoral. Guru memberikan limu dan tunjuk ajar untuk mencapai kejayaan. Ilmu sangat penting kepada manusia. Peribahasa berbunyi, "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana tiada berilmu". Peranan guru amat penting dalam mengubah corak hidup dan cara berfikir pelajar. Oleh itu, pelajar wajib menghormati guru untuk mendapat ilmu yang berkat.

Jom kita tengok video ni :'-(

video

Monday, April 16, 2012

xxvi) Jalan Raya Pemusnah Budi Bahasa

Garang tak???

Umpama bertempur di medan perang. Itu adalah antara tanggapan yang diberikan tatkala diutarakan pandangan mengenai tahap budi bahasa dI kalangan pengendali kenderaan negara ini.

Biarpun tidak bersenjata namun cukup dengan pacuan empat, dua roda mahupun berjalan kaki, anda sebenarnya berjuang untuk "selamat" sampai ke destinasi.

"Kalau dibandingkan dengan negara luar, tahap budi bahasa di negara kita masih baik. Cuma, ingin saya ingatkan terdapat dua golongan di atas jalan raya, satu adalah mereka yang memang kurang ajar, samseng jalanan.

"Golongan satu lagi, adalah mereka yang bersopan-santun di tempat kerja, rumah, tetapi apabila masuk sahaja dalam kenderaan, bertukar personaliti menjadi sebaliknya," kata Prof. Madya Dr Nor Hisham Osman.

Mengulas perkara itu, pensyarah di Universiti Malaya itu ketika ditemui Bernama berkata majoriti yang menjadi "kurang ajar" ketika di jalan raya adalah daripada golongan kedua, yang mewakili 80 peratus.

Tidak menafikan golongan pertama (samseng jalanan) juga agak "biadap". Namun mereka merangkumi skop segelintir sahaja.

Dengan menjelaskan senario "kurang ajar" seperti memotong barisan ketika di tol, menggunakan lorong kecemasan untuk cepat sampai, Nor Hisham berkata masih ramai yang keliru apabila menafsirkan "senario tidak berbudi bahasa" di jalan raya.


Fuhh!!!

Wednesday, April 4, 2012

xxiii) Disleksia



Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Tuesday, April 3, 2012

xxii) Kekeliruan Istilah

Jangan marah, huhu

Ramai di antara kita masih keliru dengan penggunaan istilah dan perbezaan maksud yang digunakan. Salah satu kekeliruan itu adalah penggunaan istilah yang tidak tepat dalam ayat penyata.
Penggunaan istilah 'naik' sebagai contohnya adalah lebih bersesuaian digunakan apabila melibatkan sesuatu perbuatan atau pergerakan yang dilakukan oleh sesuatu benda. Sekiranya kita ingin menyatakan sesuatu masa yang akan datang selepas tamatnya cuti, penggunaan istilah 'naik' adalah tidak tepat. Istilah yang lebih sesuai digunakan ialah 'selepas'.

Penggunaan istilah yang bertepatan dengan perkara yang ingin disampaikan adalah amat penting dan seharusnya diberi perhatian yang serius terutamanya dalam memberi pemahaman kepada orang lain. Tanpa istilah yang tepat dan betul, kemungkinan perkara yang ingin disampaikan itu tidak sampai kepada khalayak.

Monday, April 2, 2012

xxi) Melayu Itu Penuh Sopan Santun

Seloka

- Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir seloka merupakan sejenis puisi Melayu tradisional yang berbentuk karangan berangkap yang mengandungi unsur ejekan, sindiran dan jenaka dan digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

Contoh:



Bidalan

Menurut Aripin Said, pada kebiasaannya isi kandungan bidalan mengandungi pengajaran dan fikiran yang bercirikan kebenaran dan berfungsi menyampaikan nasihat.
Contohnya:



Peribahasa. 

- Menurut Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj Hadis Melayu ialah peribahasa ataupun perumpamaan. Banyak daripadanya berasaskan pegangan agama, sebabnya setiap anjuran ke arah berbuat baik itu adalah asas ajaran Islam.

Contohnya: 




Simpulan Bahasa. 

- Menurut Abdullah Hussein simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan yang tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain daripada erti yang lazim.

Contohnya: 



Perumpamaan.

- Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah perumpamaan merupakan peribahasa yang mempunyai maksud yang berlainan daripada perkataan-perkataan yang membentuknya. Perumpamaan biasanya menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana, dan seperti.

 Contohnya: 




Pepatah dan Petitih.

- Menurut Abdullah Yusof et.al. pepatah merupakan salah satu jenis peribahasa yang mempunyai sifat rangkaian kata-kata yang berkerat-kerat atau berpatah-patah, tetapi mengandungi unsur pengajaran. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah seseorang itu sedang membuat perbilangan atau perkataan. Pepatah ini biasanya berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Contohnya: 




Perbilangan.

- Menurut Nor Hashimah Jalaluddin perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Perbilangan berasal daripada adat resam Melayu. Berfungsi sebagai pedoman  dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contohnya:




Kata-kata Pujangga

- Menurut Rubiah Aksah Kata-kata pujanggan merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor. Biasanya mengandungi pengertian yang mendalam, iaitu sebagai suatu peringatan di samping menjadi panduan dalam kehidupan.

Contohnya: 




Tamsil

 - Menurut Kamus Dewan, tamsil ialah persamaan sebagai umpama, misalan. Tamsil adalah misalan yang berkias dan mengandungi pengajaran dan teladan.

Contohnya: