Monday, May 28, 2012
Thursday, May 10, 2012
Mengajar |
Bagi saya dan berkemungkinan kepada orang lain juga mungkin bersependapat dengan saya bahawa terdapat perbezaan antara mendidik dan mengajar.
Mengajar adalah keadaaan di mana kita mengasah akal atau minda seseorang
di dalam mempelajari, mengingati serta menghafal fakta-fakta dan
maklumat-maklumat sesuatu subjek. Contohnya subjek pelajaran di sekolah
atau di universiti.
Manakala mendidik pula adalah berkenaan membentuk sebuah jiwa dan perangai yang sejak dari kecil adalah sangat kosong dan mentah kepada jiwa dan perangai yang penuh makna dan meninggalkan kesan di dalam sebuah kehidupan. Ini merangkumi membentuk jiwa dan perangai yang menyenangkan atau tidak di dalam diri seseorang individu itu.
Manakala mendidik pula adalah berkenaan membentuk sebuah jiwa dan perangai yang sejak dari kecil adalah sangat kosong dan mentah kepada jiwa dan perangai yang penuh makna dan meninggalkan kesan di dalam sebuah kehidupan. Ini merangkumi membentuk jiwa dan perangai yang menyenangkan atau tidak di dalam diri seseorang individu itu.
Mendidik |
Wednesday, May 9, 2012
Saban hari semakin banyak cerita-cerita yang menggembirakan hati menyelusup masuk ke dalam rongga telinga saya terutamanya hal-hal yang berkaitan perkahwinan. Almaklumlah semua sudah besar dan matang. Perkahwinan orang Melayu ini mempunyai adatnya tersendiri yang begitu unik. Masyarakat
Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai
kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan
begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu
akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Merisik juga merupakan salah satu adat dalam proses perkahwinan. Adat
ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah
untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih
belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang
meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab
sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat
ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu
atau bapa saudaranya.
Bagi
pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan
sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut
perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang
baik.
Adakalanya
semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin
tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik
jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih
dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk
menjimatkan kos dan masa.
Tuesday, May 8, 2012
Eh, mak Ko Meletop! |
Masyarakat kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan
melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin
itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang
melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia
seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang
dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada
mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.
Lazimnya apabila kita melihat adegan
orang melatah, kita akan berasa terhibur. Ada pula sesetengah orang
apabila melihat orang melatah, akhirnya diikut-ikut tanpa disedari pula
oleh mereka. Kita yang melihat aksi sedemikian akan mengusik individu
yang dikenal pasti boleh melakukan aksi melatah secara spontan. Sedarkah
kita bahawa latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika
gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku
dan sukar dikawal oleh penghidapnya. Latah ialah sejenis penyakit saraf
yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa
yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan
tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu
dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.
Mungkin kita sedikit terhibur apabila
melihat aksi latah yang melucukan, tetapi percayalah bahawa tidak
ada seorang pun daripada mereka yang menghidap penyakit latah mahukan
diri mereka menjadi pelatah, hatta jika digelar pelatah paling popular
sekalipun. Justeru, apabila kita melihat seseorang itu melatah, kita
sepatutnya mendoakan agar si pelatah itu sembuh daripada penyakitnya
itu, serta dapat membuang dan mengawal tabiat terbabit daripada
berulang. Dalam hal ini, apabila kita ketawa melihat seseorang itu
melatah, kita seolah-olah mendoakan agar si pelatah itu terus kekal
dengan penyakitnya itu. Kita seolah-olah berkata, biarlah ada seorang
yang menderita kerana penyakit latah, asalkan ‘deritanya’ itu dapat
menghiburkan ramai orang. Jika tersilap langkah, usikan terhadap pelatah
yang bertujuan untuk bersuka-suka boleh bertukar menjadi tragedi,
lebih-lebih lagi jika pelatah sedang memegang objek tajam.
Monday, May 7, 2012
Fanatik dan taksub adalah perkataan sinonim yang bermaksud keterlaluan
pada sesuatu pegangan atau pendirian. (Kamus Dewan Edisi Empat)
Masalah besar dengan segelintir umat Islam ialah gemar menyalahtafsir sesuatu maklumat mengikut selera sendiri kemudian mudah taksub pada fahaman atau ideologi yang mendakwa dirinya lebih baik berbanding orang lain.
Masalah besar dengan segelintir umat Islam ialah gemar menyalahtafsir sesuatu maklumat mengikut selera sendiri kemudian mudah taksub pada fahaman atau ideologi yang mendakwa dirinya lebih baik berbanding orang lain.
Dek kerana adanya sesetengah kalangan kita yang gagal memanfaatkan akal
fikiran anugerah Allah s.w.t maka mudahlah jarum-jarum hasutan menusuk
masuk mempengaruhi tindakan yang kerapkali melampau had-had batasan yang
dianjurkan oleh Islam. Hal yang sedemikian rupalah yang akan menyebabkan berlakunya perpecahan antara satu sama lain daripada sahabat menjadi musuh.
Taksub pada pemahaman yang salah, singkat akalnya
& cenderung menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat yang
mereka yakini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Walhal apa saja seruan yang baik, tujuan & matlamat yang bermanfaat
jika caranya menggunakan kaedah yang mendatangkan mudarat maka
penghujungnya hanya mengundang nama busuk pada kesucian agama Islam itu
sendiri, seperti yang kita dapat tengok hari ini adalah ketaksuban terhadap politik yang keterlaluan sehingga menyebabkan sesuatu bangsa itu berpecah belah antara satu sama lain.
Begitu juga dengan permainan yang tidak asing lagi bagi kita, iaitu permainan bola sepak. kita dapat lihat rakyat Malaysia begitu fanatik terhadap permainan bola sepak sehingga sanggup berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan kelab-kelab antarabangsa seperti Chelsea, Liverpool, Real Madrid dan sebagainya. Ketaksuban ini menjadi lebih buruk lagi sehingga ada segolongan penyokong sanggup bergaduh demi pasukan yang menjadi pilihan mereka.
Begitu juga dengan permainan yang tidak asing lagi bagi kita, iaitu permainan bola sepak. kita dapat lihat rakyat Malaysia begitu fanatik terhadap permainan bola sepak sehingga sanggup berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan kelab-kelab antarabangsa seperti Chelsea, Liverpool, Real Madrid dan sebagainya. Ketaksuban ini menjadi lebih buruk lagi sehingga ada segolongan penyokong sanggup bergaduh demi pasukan yang menjadi pilihan mereka.
Friday, May 4, 2012
Thursday, May 3, 2012
Kejadian ini kebiasaannya terjadi kepada pelajar Bumi Kenyalang yang menuntut ilmu di semenanjung Malaysia. Pada mulanya, dia dapat mengawal percakapannya, tetapi setelah
berbual mesra akhirnya dia menggunakan perkataan “aku”. Dia
terikut-ikut dengan bahasa yang dia gunakan di Sarawak. Di Sarawak,
jika bercakap dengan orang tua, menggunakan perkataan “aku” merupakan perkara biasa kerana perkataan itu tidak memberi maksud negatif atau tidak menghormati orang
lain. Tetapi di Semananjung Malaysia ini, penggunaan perkataan “aku”
diganggap kurang sopan. Walau bagaimanapun, dari sudut agama pula penggunaan perkataan "aku' merupakan salah satu perhubungan yang sangat rapat atau akrab kerana setiap doa yang kita minta tidak pernah menggunakan perkataan "saya". sebagai contoh, Ya ALLAH ya tuhanku, aku memohon pertolonganMu untuk menghadapi dugaan yang Engkau berikan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)