Monday, May 7, 2012

xli) Taksub

Fanatik dan taksub adalah perkataan sinonim yang bermaksud keterlaluan pada sesuatu pegangan atau pendirian. (Kamus Dewan Edisi Empat)

Masalah besar dengan segelintir umat Islam ialah gemar menyalahtafsir sesuatu maklumat mengikut selera sendiri kemudian mudah taksub pada fahaman atau ideologi yang mendakwa dirinya lebih baik berbanding orang lain.

Dek kerana adanya sesetengah kalangan kita yang gagal memanfaatkan akal fikiran anugerah Allah s.w.t maka mudahlah jarum-jarum hasutan menusuk masuk mempengaruhi tindakan yang kerapkali melampau had-had batasan yang dianjurkan oleh Islam. Hal yang sedemikian rupalah yang akan menyebabkan berlakunya perpecahan antara satu sama lain daripada sahabat menjadi musuh.

Taksub pada pemahaman yang salah, singkat akalnya & cenderung menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat yang mereka yakini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Walhal apa saja seruan yang baik, tujuan & matlamat yang bermanfaat jika caranya menggunakan kaedah yang mendatangkan mudarat maka penghujungnya hanya mengundang nama busuk pada kesucian agama Islam itu sendiri, seperti yang kita dapat tengok hari ini adalah ketaksuban terhadap politik yang keterlaluan sehingga menyebabkan sesuatu bangsa itu berpecah belah antara satu sama lain.

 Begitu juga dengan permainan yang tidak asing lagi bagi kita, iaitu permainan bola sepak. kita dapat lihat rakyat Malaysia begitu fanatik terhadap permainan bola sepak sehingga sanggup berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan kelab-kelab antarabangsa seperti Chelsea, Liverpool, Real Madrid dan sebagainya. Ketaksuban ini menjadi lebih buruk lagi sehingga ada segolongan penyokong sanggup bergaduh demi pasukan yang menjadi pilihan mereka.

No comments:

Post a Comment