Monday, May 28, 2012

xlv) Glosari Kata

Neurolinguistik

~Salah satu bidang kajian interdisplin dalam ilmu linguistik dan ilmu kedoktoran yang mengkaji hubungan antara otak manusia dengan bahasa. 

Multilingualisme

~Gejala pada seseorang yang ditandai oleh kemampuan dan kebiasaan dalam memakai lebih dari satu bahasa.

Antropolinguistik

~Salah satu cabang linguistik yang menelaah hubngan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati cara bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.

Makrososiolinguistik

~Makrososiolinguistik menumpukan perbahasan dan kerja pada populasi yang banyak, institusi kebangsaan dan dan dasar bahasa di peringkat kebangsaan.

Mikrososiolinguistik

Kajian tentang hubungan antara struktur linguistik dan struktur sosial pada paras interaksi bersemuka.

Diglosia

~Penggunaan dua bahasa yang berlainan iaitu satu bahasa yang tinggi dan bersifat formal dan satu bahasa lagi rendah tarafnya iaitu bukan bahasa rasmi. 

Akrolek

~Bahasa yang telah kembali kepada bahasa asal yang baku  

No comments:

Post a Comment