Monday, May 28, 2012
Thursday, May 10, 2012
![]()  | 
| Mengajar | 
Bagi saya dan berkemungkinan kepada orang lain juga mungkin bersependapat dengan saya bahawa terdapat perbezaan antara mendidik dan mengajar. 
Mengajar adalah keadaaan di mana kita mengasah akal atau minda seseorang
 di dalam mempelajari, mengingati serta menghafal fakta-fakta dan 
maklumat-maklumat sesuatu subjek. Contohnya subjek pelajaran di sekolah 
atau di universiti.
Manakala mendidik pula adalah berkenaan membentuk sebuah jiwa dan perangai yang sejak dari kecil adalah sangat kosong dan mentah kepada jiwa dan perangai yang penuh makna dan meninggalkan kesan di dalam sebuah kehidupan. Ini merangkumi membentuk jiwa dan perangai yang menyenangkan atau tidak di dalam diri seseorang individu itu.
Manakala mendidik pula adalah berkenaan membentuk sebuah jiwa dan perangai yang sejak dari kecil adalah sangat kosong dan mentah kepada jiwa dan perangai yang penuh makna dan meninggalkan kesan di dalam sebuah kehidupan. Ini merangkumi membentuk jiwa dan perangai yang menyenangkan atau tidak di dalam diri seseorang individu itu.
| Mendidik | 
Wednesday, May 9, 2012
Saban hari semakin banyak cerita-cerita yang menggembirakan hati menyelusup masuk ke dalam rongga telinga saya terutamanya hal-hal yang berkaitan perkahwinan. Almaklumlah semua sudah besar dan matang. Perkahwinan orang Melayu ini mempunyai adatnya tersendiri yang begitu unik. Masyarakat 
        Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai 
        kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan 
        begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu 
        akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.
Merisik juga merupakan salah satu adat dalam proses perkahwinan. Adat 
        ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah 
        untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih 
        belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang 
        meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk 
        menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab 
        sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat 
        ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu 
        atau bapa saudaranya. 
Bagi 
        pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan 
        sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut 
        perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang 
        baik.
Adakalanya 
        semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin 
        tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik 
        jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih 
        dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk 
        menjimatkan kos dan masa.
Tuesday, May 8, 2012
| Eh, mak Ko Meletop! | 
Masyarakat  kita terutama kaum  Melayu sememangnya cukup sinonim dengan 
melatah  terutama golongan  berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin
 itulah  gambaran paling  tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang 
melatah  ini. Jika  diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia 
seolah-olah  hilang  pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang 
dilakukan.  Anehnya, tiada  siapa yang akan menjauhkan diri daripada 
mereka yang  melatah malah latah  mereka berpanjangan jika terus diusik.
Lazimnya apabila kita melihat adegan 
orang melatah, kita akan berasa terhibur. Ada pula sesetengah orang 
apabila melihat orang melatah, akhirnya diikut-ikut tanpa disedari pula 
oleh mereka. Kita yang melihat aksi sedemikian akan  mengusik  individu 
yang dikenal pasti boleh melakukan aksi melatah secara spontan. Sedarkah
  kita  bahawa latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika 
gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku 
dan sukar dikawal oleh penghidapnya.  Latah ialah sejenis penyakit saraf
 yang menyebabkan seseorang itu  (biasanya  perempuan) tidak sedar apa 
yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan  atau  suruhan orang dengan 
tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan atau  membuat  sesuatu 
 dengan  tidak  disengajakan  kerana terperanjat dan lain-lain.
Mungkin kita sedikit terhibur apabila 
melihat aksi latah yang melucukan, tetapi  percayalah bahawa  tidak 
 ada  seorang pun daripada mereka yang menghidap penyakit latah mahukan 
diri mereka menjadi pelatah, hatta jika digelar  pelatah paling popular 
sekalipun. Justeru, apabila kita melihat seseorang  itu  melatah,  kita 
 sepatutnya mendoakan agar si pelatah itu sembuh  daripada  penyakitnya 
 itu,  serta  dapat  membuang dan mengawal  tabiat terbabit daripada 
berulang. Dalam hal ini, apabila kita ketawa melihat seseorang itu 
melatah, kita seolah-olah mendoakan agar si pelatah itu terus kekal 
dengan penyakitnya itu. Kita seolah-olah berkata, biarlah ada seorang 
yang menderita kerana penyakit latah, asalkan ‘deritanya’ itu dapat 
menghiburkan ramai orang. Jika tersilap langkah, usikan terhadap pelatah
 yang  bertujuan untuk bersuka-suka boleh bertukar menjadi tragedi, 
lebih-lebih lagi jika pelatah sedang memegang objek tajam.
Monday, May 7, 2012
Fanatik dan taksub adalah perkataan sinonim yang bermaksud keterlaluan 
pada sesuatu pegangan atau pendirian. (Kamus Dewan Edisi Empat) 
Masalah besar dengan segelintir umat Islam ialah gemar menyalahtafsir sesuatu maklumat mengikut selera sendiri kemudian mudah taksub pada fahaman atau ideologi yang mendakwa dirinya lebih baik berbanding orang lain.
Masalah besar dengan segelintir umat Islam ialah gemar menyalahtafsir sesuatu maklumat mengikut selera sendiri kemudian mudah taksub pada fahaman atau ideologi yang mendakwa dirinya lebih baik berbanding orang lain.
Dek kerana adanya sesetengah kalangan kita yang gagal memanfaatkan akal 
fikiran anugerah Allah s.w.t maka mudahlah jarum-jarum hasutan menusuk 
masuk mempengaruhi tindakan yang kerapkali melampau had-had batasan yang
 dianjurkan oleh Islam. Hal yang sedemikian rupalah yang akan menyebabkan berlakunya perpecahan antara satu sama lain daripada sahabat menjadi musuh.
Taksub pada pemahaman yang salah, singkat akalnya
 & cenderung menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat yang 
mereka yakini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Walhal apa saja seruan yang baik, tujuan & matlamat yang bermanfaat 
jika caranya menggunakan kaedah yang mendatangkan mudarat maka 
penghujungnya hanya mengundang nama busuk pada kesucian agama Islam itu 
sendiri, seperti yang kita dapat tengok hari ini adalah ketaksuban terhadap politik yang keterlaluan sehingga menyebabkan sesuatu bangsa itu berpecah belah antara satu sama lain.
Begitu juga dengan permainan yang tidak asing lagi bagi kita, iaitu permainan bola sepak. kita dapat lihat rakyat Malaysia begitu fanatik terhadap permainan bola sepak sehingga sanggup berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan kelab-kelab antarabangsa seperti Chelsea, Liverpool, Real Madrid dan sebagainya. Ketaksuban ini menjadi lebih buruk lagi sehingga ada segolongan penyokong sanggup bergaduh demi pasukan yang menjadi pilihan mereka.
Begitu juga dengan permainan yang tidak asing lagi bagi kita, iaitu permainan bola sepak. kita dapat lihat rakyat Malaysia begitu fanatik terhadap permainan bola sepak sehingga sanggup berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan kelab-kelab antarabangsa seperti Chelsea, Liverpool, Real Madrid dan sebagainya. Ketaksuban ini menjadi lebih buruk lagi sehingga ada segolongan penyokong sanggup bergaduh demi pasukan yang menjadi pilihan mereka.
Friday, May 4, 2012
Thursday, May 3, 2012
Kejadian ini kebiasaannya terjadi kepada pelajar Bumi Kenyalang yang menuntut ilmu di semenanjung Malaysia. Pada mulanya, dia dapat mengawal percakapannya, tetapi setelah 
berbual mesra akhirnya dia menggunakan perkataan “aku”. Dia 
terikut-ikut dengan bahasa yang dia gunakan di Sarawak. Di Sarawak, 
jika bercakap dengan orang tua, menggunakan perkataan “aku” merupakan perkara biasa kerana perkataan itu tidak memberi maksud negatif atau tidak menghormati orang 
lain. Tetapi di Semananjung Malaysia ini, penggunaan perkataan “aku” 
diganggap kurang sopan. Walau bagaimanapun, dari sudut agama pula penggunaan perkataan "aku' merupakan salah satu perhubungan yang sangat rapat atau akrab kerana setiap doa yang kita minta tidak pernah menggunakan perkataan "saya". sebagai contoh, Ya ALLAH ya tuhanku, aku memohon pertolonganMu untuk menghadapi dugaan yang Engkau berikan ini.
Wednesday, May 2, 2012
Pada kebiasaannya apabila seseorang menghadapi masalah semestinya akan memerlukan pertolongan dan bantuan sesiapa pun. Hal ini telah terjadi kepada seorang hamba ALLAH yang cukup sifatnya tetapi sukar untuk mengakui kelemahannya walaupun terang lagi bersuluh kelemahannya. Saya sangat kecewa dan agak sedih dan kecewa dengan rakan hamba ALLAH ini kerana dia tidak mengamalkan nilai murni sebagai seorang yang telah menghadapi masalah. Selepas dia mengadu kepada saya dan saya cuba untuk membantunya sehingga masalah tersebut selesai. Namun usaha dan bantuan yang saya hulurkan dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi selepas selesainya masalah itu, dia hanya beredar begitu saja tanpa berkata apa-apa. Bukan balasan harta yang diharapkan, cukup sekadar ucapan terima kasih pun sudah memadai...
Komen:
Inilah
 budaya yang kita harus elakkan. Walaupun perkara tersebut agak 
remeh-temeh, tetapi ia sangat penting dalam perhubungan kita seharian. 
Jika kita sudah menggunakan dan meminjam barang orang lain, kita harus 
mengucapkan “terima kasih”. Bahasa mencerminkan jati diri penuturnya.
Tuesday, May 1, 2012
Pada hari Sabtu yang lepas, saya pergi ke pekan untuk membeli barang keperluan. Semasa asyik membeli belah, saya telah terpijak kaki seorang perempuan berkemungkinan seorang pelajar UPSI. Saya lekas memohon maaf kepada perempuan tersebut sambil memberi senyuman manis supaya dapat melembutkan hati perempuan itu. Ungkapan maaf tersebut tidak disambut dan senyuman juga tidak dibalas malah tidak dipedulikannya sebaliknya dia terus pergi dengan mulut yang terkumat-kamit.
Komen:
Kita
 seharusnya memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Sifat 
memaafkan orang lain merupakan sifat yang baik. Kadang-kala kesilapan 
yang dilakukan adalah secara tidak sengaja. Dalam hubungan sosial, kita 
harus bersifat terbuka dan jangan bersifat sombong serta mementingkan 
diri sendiri. Di samping itu, kita juga perlu ramah mesra dengan semua 
masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.sedangkan Nabi ampunkan umatnya inikan pula sesama manusia...
Subscribe to:
Comments (Atom)





