Jangan marah, huhu |
Ramai di antara kita masih keliru dengan penggunaan istilah dan perbezaan maksud yang digunakan. Salah satu kekeliruan itu adalah penggunaan istilah yang
tidak tepat dalam ayat penyata.
Penggunaan istilah 'naik' sebagai
contohnya adalah lebih bersesuaian digunakan apabila melibatkan sesuatu perbuatan atau pergerakan yang dilakukan oleh sesuatu benda.
Sekiranya kita ingin menyatakan sesuatu masa yang akan datang selepas tamatnya cuti, penggunaan
istilah 'naik' adalah tidak tepat. Istilah yang lebih sesuai
digunakan ialah 'selepas'.
Penggunaan istilah yang bertepatan dengan perkara yang ingin disampaikan adalah amat penting dan seharusnya diberi perhatian yang serius terutamanya dalam memberi pemahaman kepada orang lain. Tanpa istilah yang tepat dan betul, kemungkinan perkara yang ingin disampaikan itu tidak sampai kepada khalayak.
No comments:
Post a Comment