Orang tua-tua dahulu memerhatikan keadaan air yang berubah menjadi
bulat apabila melalui pembetung yang mengalirkan air dari tali air ke
dalam sawah. Bekalan air yang cukup yang disalurkan menerusi pembetung
di sawah telah membesarkan dan menyuburkan padi yang ditanam. Dalam hal
ini, air yang pada awalnya berselerak dan mengalir tanpa kawalan telah
menjadi bulat dan dapat dialirkan menurut kemahuan kita apabila
melalui pembetung.
Keadaan yang sedemikian dapat dibandingkan dengan kepentingan amalan pemuafakatan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Peribahasa muafakat membawa berkat membuktikan bahawa seandainya amalan ini disuburkan dalam komuniti setempat, apa-apa juga perancangan yang dibuat pasti akan dapat dijayakan. Secara tidak langsung, kesejahteraan hidup masyarakat juga akan terhasil dan dapat dipertahankan. Oleh itu, semangat peribahasa ini sewajarnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

No comments:
Post a Comment