Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu
gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.
Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca,
menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk
kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun
mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah
sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia.
Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran
untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti
nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai
masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta
penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam
keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu
kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus
berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
No comments:
Post a Comment