Monday, March 5, 2012

i) Bahasa Kasar




Kata-kata atau bahasa yang tidak sopan atau tidak manis yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan. Bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Dalam kehidupan seharian kita selalu dengar perkataan kasar yang selalu keluar dari rongga mulut yang tidak pernah memikirkan tentang perasaan orang lain. Perkataan kasar ini bukan sahaja digunakan oleh remaja malah ada juga sesetengah masyarakat menjadikan bahasa ini sebagai bahasa rutin mereka dek keterbiasaan oleh penggunaan masyarakat sekeliling. 

Contohnya:
Perbualan antara pelajar pengajian tinggi yang dikatakan mempunyai ilmu tinggi tetapi kurang kesopanan dalam percakapan.

Pelajar  A: sape punya pen ni?
Pelajar B: pen ko lah, pen sape lagi.
Pelajar B: bagi tahu lah pen sape ni?
Pelajar A: woi gila, pen ko lah yang ko bagi pinjam dulu.

No comments:

Post a Comment