Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa
nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan
yang letaknya di hadapan frasa nama.
Kata sendi nama terletak di depan kata
nama, frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada perkataan yang
mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk merangkaikan
frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
Contohnya: kata sendi ‘ke’
- Digunakan untuk tempat, masa dan benda
konkrit tidak bernyawa.
- Dieja terpisah daripada kata nama atau
frasa nama yang mengikutinya.
- Tidak boleh digunakan di hadapan kata
nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.
Walaupun telah diberi garis panduan tentang cara penulisan kata
sendi ‘ke’ tetapi kesalahan tetap berlaku dalam penghasilan papan tanda, kain
rentang dan sebagainya. Contohnya:
No comments:
Post a Comment