Cucur Udang |
@
Cucur Duit |
Apa itu cucur???
sebut saja perkataan ini, pasti akan timbul konflik antara anak perantauan Kelantan dengan orang yang bukan kelahiran Kelantan. Hal ini kerana, perkataan tersebut mempunyai makna yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Perbualan antara anak Kelantan dengan anak Kedah telah menimbulkan ketidakfahaman semasa berlakunya komunikasi dua hala. Contohnya :
Amirul : Zul, kau tak beli ke produk yang aku buat ni?
Zul : Bilo maso pulok mu jjual ni?
Amirul : eh, dah lame dah, tapi sebelum ni takde lah sebesar ni perniagaan aku..
Zul : ooo, mu jjual ggapo?
Amirul : ada la makanan sikit-sikit, kau tak nak beli ke??
Zul : aku nok tengok sikit, makene ggapo...
oooo, sedak jugok ni, mari ke aku so, berapo so?
Amirul : murah je, RM 2 satu barang
Zul : ok, aku nok so deh, nah RM 5
Amirul : ok..
Zul : mne cucur nyo???
Amirul : hah?? cucur, bila masa plak aku jual cucur ni???
Zul : tak dok lah, maksud aku, baki duit aku...
Amirul : Ooo..
kalau di Kelantan cucur itu bermaksud baki duit selepas membeli tetapi kalau di negeri lain, cucur itu merupakan makanan yang diperbuat dengan gandum dan dicampur dengan udang atau pun ikan bilis.
No comments:
Post a Comment