Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa
Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak
berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa
atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa
Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan
panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan
berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti
nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan
keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan
yang penuh dengan adab tata tertib.'' Kesantunan berbahasa juga dikaitkan
dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.
Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam,
junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila
banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma
bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
HAKIKAT yang berlaku dalam sistem
komunikasi masyarakat Malaysia menampakkan semakin lunturnya budaya kesantunan
yang merangkumi nilai kesopanan, keluhuran, ketertiban, hormat, merendah diri
serta penggunaan lagu suara yang baik dan menyenangkan. Kini, nilai kesantunan
ketika berbahasa tidak lagi dipelihara dan semakin kurang diberi perhatian.
Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun,
memfitnah, memprovokasi, mengejek, melecehkan orang lain dan sebagainya kini
mengambil tempat yang akhirnya menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang
negatif. Lebih malang ialah kini indahnya sesebuah bangsa bukan lagi kerana
bahasa yang digunakan.
Sedang suatu ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri
ketimuran yang sarat teguh dengan nilai-nilai mulia dan budi pekerti tinggi.
Bahasa diangkat sebagai medium yang berperanan menggabungjalinkan segala aspek
pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu ketika
itu.
Penggunaan bahasa yang sopan dalam
kalangan orang Melayu adalah semakin menipis. Hal ini kerana setiap kali komunikasi
yang berlaku antara orang Melayu mesti akan terkeluar bahasa kasar yang tidak
mempunyai nilai ketimuran seperti yang berlaku seketika dulu, contohnya:
Perbualan antara pelajar IPTA yang
dikatakan berilmu tinggi tapi kesopanan yang rendah.
Si A: Woi, lame tak jumpe ko??
Si B: Woi, yela dh lame kita tak jumpe ye,
aku ingat ko dah mampus.
Si A: Gila ko, sape cakap aku dh mampus,
aku masih hidup lagi la
No comments:
Post a Comment