Friday, March 9, 2012

v) Selipar @ kasut???



Selipar
Kasut



Semasa cuti persekolahan yang lalu, aku pernah bekerja dengan sebuah syarikat di Melaka. Syarikat tersebut diberi nama Xin Her. Semasa bekerja di syarikat tersebut aku selalu bergurau senda dengan rakan sekerja untuk menggembirakan hati dan juga menghilangkan rasa letih bekerja. Hendak dijadikan cerita, aku ada seorang rakan kerja yang berasal dari Sarawak. Nama dia karim anak Robert. Dia juga mempunyai seorang sepupu yang bernama Agustin Gunting anak Murim. Karim ni seorang yang rajin bekerja tetapi kalau fasal main-main semasa bekerja dialah juga yang paling seronok pantang bos keluar kejap mulalah nak usik sana usik sini. Pada hari selasa, aku pergi kerja dengan memakai selipar kerana kaki aku sakit. Setibanya aku di tempat kerja, karim terus bertanya pada aku.
Karim: hey kawan, kenapa kau pakai kasut hari ni? kalau bos nampak nahas kau.

Aku: dalam hati aku pun berkata,”bila masa pula aku pakai kasut, inikan selipar, buta ke mamat ni. Ni bukan kasut la Karim, ni selipar.

Karim: yela, aku tahu la selipar tapi aku dah terbiasa dengan panggilan tu kat kampung aku…

Aku: ooooo…..


selepas hari tersebut, aku sudah tidak hairan lagi dengan panggilan kasut bagi selipar.

No comments:

Post a Comment