Kata sendi nama merupakan salah satu jenis kata tugas.Kata tugas pula bermaksud kata yang tidak boleh menjadi
inti bagi frasa nama,frasa kerja dan frasa adjektif.Kata tugas hadir
dalam ayat,klausa, atau frasa sebagai penghubung,penerang,penentu atau
tugas-tugas lain.Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di
bahagian hadapan frasa nama.Tetapi setiap satu kata sendi nama itu
mempunyai tugas yang berlainan kerana terdapat kata sendi nama yang
tergolong dalam golongan kata yang lain.Sebagai contoh akan (juga berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif).
Kata sendi nama “di” digunakan
di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukan tempat. Kata sendi
nama ini ditulis secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama
contoh ayat : Ayahnya bekerja di Kuala Lumpur. Walaupun penggunaannya sentiasa diingatkan dan ditegur oleh pakar-pakar bahasa, namun masih terdapat juga segelintir golongan yang masih lagi gagal menggunakannya dengan betul, contohnya:
No comments:
Post a Comment