Pelancaran Program Pembudayaan Bahasa memperlihatkan kepada kita
betapa pentingnya penggunaan dan pemantapan bahasa bagi sebuah negara yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Meskipun kita menghuni sebuah negara yang terdiri daripada
berbilang bangsa, bahasa Melayu sudah diiktiraf sebagai bahasa rasmi yang perlu
difahami dan digunakan dalam pelbagai urusan terutamanya ketika berurusan
dengan badan kerajaan. Mata pelajaran Bahasa Malaysia yang wajib dipelajari semua murid di
negara kita, tidak kira sekolah mana sekalipun menunjukkan usaha ke arah
memantapkan bahasa Melayu.
Malah, syarat wajib lulus dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadikan Bahasa Melayu berada di tahap yang sepatutnya. Kempen demi kempen mengenai bahasa sering kita lakukan namun usaha untuk menaikkan imej bahasa kebangsaan menemui pelbagai masalah. Ada yang menganggap kita semua mampu menggunakan bahasa kita dengan betul ketika kempen diadakan, tetapi selepas itu pertuturan kita menjadi tunggang-langgang.
Jika bahasa itu dilaung-laungkan sebagai lambang jati diri bangsa, maka sudah sewajarnya usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu diperhebatkan dan setiap warga yang bahasa ibundanya bahasa Melayu berusaha mendaulatkan bahasa Melayu.

Kita tidak nafikan keaslian bahasa ibunda
tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh
masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu sendiri ketika bertutur sesama
rakan. Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika zaman
Parameswara lagi iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka.
Di Melaka ketika itu, terdapat 84 bahasa
yang digunakan oleh penduduk tempatan, maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan
bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal.
Sampai kini isu bahasa rojak tidak pernah
selesai malah bertambah buruk sehingga menjejaskan bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa rojak dalam pertuturan terutamanya di kalangan remaja dikatakan
menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Manakala menerusi khidmat pesanan ringkas
(SMS), golongan remaja menjadikan bahasa rojak sebagai alat perhubungan dengan
alasan bahasa itu ringkas dan mudah bagi mereka. Mereka tidak mempedulikan
kesan penggunaan bahasa tersebut kerana bagi mereka apa yang penting adalah
mereka boleh berhubung dan memahami antara satu dengan yang lain.
Dalam pada itu, oleh sebab ramai antara
pemilik telefon bimbit sekarang terdiri daripada pelajar sekolah, maka tidak
hairanlah wujud kebimbangan pelbagai pihak terhadap pengaruh bahasa rojak di
kalangan pelajar.
Dalam penulisan karangan, kelemahan aspek
bahasa pelajar termasuk penggunaan bahasa yang tidak mantap kerana
dicampuradukkan dengan bahasa asing yang tidak difahami dengan mendalam maksud
perkataan yang digunakan.
Tidak kurang juga penggunaan kata
singkatan seperti ‘tak’ ‘yg’ ‘bpun’ ‘jd’ yang diguna pakai dalam khidmat
pesanan ringkas itu turut dimasukkan dalam penulisan karangan oleh pelajar
sekolah dan boleh menjejaskan pemarkahan dari segi ejaan.
No comments:
Post a Comment