Dulu bahasa Melayu sangat terkenal sehingga menjadi bahasa lingua franca tetapi arus kemodenan telah mengubah segala-gaanya. pada masa sekarang bahasa Inggeris menjadi keutamaan oleh semua orang tidak kiralah Melayu, Cina, India dan juga bangsa lain. Pada masa sekarang, bahasa Inggeris telah menjadi pilihan walaupun bahasa Melayu itu sendiri telah termaktub dalam perlembagaan yang menyatakan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara. Contohnya, Di sini
Inilah salah satu contoh bahawa masyarakat
Melayu kita khususnya golongan remaja telah menganggap penggunaan bahasa
Inggeris sangat penting dalam dunia tanpa sempadan yang dilengkapi dengan
kemajuan teknologi yang pesat. Hal ini sebenarnya tidak melambangkan mereka
sebagai orang Malaysia terutamanya berketurunan Melayu. Sepatutnya kita sebagai
golongan remaja perlulah sedar akan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Sekiranya terdapat ramai individu yang
bersikap seperti ini, kemungkinan suatu hari nanti bahasa Melayu tidak akan
digunakan lagi.
No comments:
Post a Comment