Tuesday, March 13, 2012

vii) Bahasa Pasar




Bahasa pasar ialah ragam yang digunakan antara orang-orang Melayu dengan kaum atau bangsa lain atau antara kaum-kaum dan bangsa lain. Bahasa pasar atau dipanggil bahasa kacukan terdapat banyak unsur bahasa yang digunakan. Bahasa pasar ini terdiri daripada bahasa Melayu tetapi dengan jalan bahasa dan susuk ayat bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil.


Ciri-ciri bahasa pasar:


  • Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu 

  • Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.

  • Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.


Ini antara bahasa pasar yang tertangkap oleh halwa telinga tatkala mendengar seorang lelaki Cina berbual dengan seorang lelaki Melayu. Contohnya:

Sikalang gua punya mini sulah talak mau dengar gua punya cakap

Maksudnya:
Sekarang isteri/bini saya sudah tidak mahu mendengar kata saya

Setengah-setengah daripada bentuk dan susunan ragam yang bukan bahasa Melayu ini telah begitu sebati dalam penggunaannya sehingga orang Melayu sendiri tidak sedar lagi akan keasingannya dan menyangka bahawa betuk-bentuk itu ialah bentuk-bentuk bahasa Melayu tulen, misalnya apa mahu, boleh bikin, kasi tahu, banyak mahal, sedikit masa, jangan bilang sama dia, itu macam, saya punya adik, dan sebagainya.

Orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sifat ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung, mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu.

Penguasaan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa Melayu akan berkurangan. Masyarakat yang selalu menggunakan bahasa pasar umtuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian akan mengalami masalah untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik terutamanya bagi golongan muda dan pelajar.

Kerosakan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sabagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai.


No comments:

Post a Comment