Hukum
D-M digunakan untuk memastikan frasa
nama digunakan dengan betul. (D) bermaksud diterangkan ‘benda’
kemudian (M) bermaksud ‘menerangkan’ perihal benda
tersebut.
Penggunaan hukum D-M yang betul adalah seperti:
- ikan besar bukannya besar ikan
- kipas putih bukannya putih kipas
- perkara-perkara lain bukannya lain-lain perkara
- negeri lain bukannya lain negeri
- Restoran Ali bukannya Ali Restoran
- Klinik Gigi bukannya Gigi Klinik
- Hal-hal lain bukannya lain-lain hal
Kata
yang dicondongkan itu
ialah benda (kata nama) dan diikuti dengan keterangan (menerangkan) sifatnya.
Walau
bagaimanapun, terdapat juga frasa nama
yang terkecuali daripada hukum D-M. Hal ini demikian kerana
frasa nama tersebut telah digunakan secara
meluas. Kebanyakan kekeliruan yang
timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya dalam bahasa
Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada struktur Bahasa Melayu. Misalnya dalam bahasa
Inggeris ‘Restoran Yusof’ disebut sebagai ‘Yusof Restaurant’. Hakikatnya dalam
bahasa Melayu kita memperkatakan ‘Restoran’ yang dimiliki oleh Yusof, maka
seharusnya kita meletakkan unsur ‘Restoran’ pada kedudukan pertama sebagai
aspek yang ‘Diterangkan’ barulah diikuti oleh ‘Yusof’ sebagai unsur yang
‘Menerangkan’ iaitu yang memiliki restoran berkenaan. Frasa berkenaan
seharusnya disebut sebagai ‘Restoran Yusof’. Dari sudat makna, jika disebut
‘Yusof Restoran’, maka sebenarnya kita merujuk kepada ‘Yusof’ sebagai
‘restoran’. Bukankah perkara ini ganjil kerana Yusof ialah manusia bukannya
sebuah restoran.
No comments:
Post a Comment