Budi Bahasa Budaya Kita, itulah kata-kata yang selalu dilaung-laungkan tidak kira dalam radio mahupun televisyen. Pada masa sekarang sudah ramai manusia yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Situasi ini
terjadi di dalam bas semasa menunggu pelajar lain naik ke dalam bas selepas
pulang dari Pasar Malam Pekan Tg Malim. Oleh kerana saya duduk di barisan
paling hadapan dalam bas,maka saya dapat mendengar dengan jelas komunikasi
antara pelajar dan pemandu bas tersebut. Situasi ini terjadi apabila pelajar
tersebut menaiki bas sambil membawa air yang dibeli di pasar malam dan bertanya
kepada pemandu tersebut.
Pelajar
: Pakcik, bas ni akan pergi kampus tak?
Pemandu
Bas : Aiyo..hari-hari da naik bas,takkan tak tahu. Soalan macam tu tak
payah tanya. Penat la nak menjawab. tengok tu, kan da banyak kali pakcik pesan,tak paham-paham
lagi ke? (pelajar itu terpinga-pinga)
Kan
da cakap jangan minum dalam bas.Pergi turun! Habiskan air tu dulu sebelum naik
bas.
No comments:
Post a Comment