Pengunaan bahasa slanga yang meluas dalam
kalangan remaja menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan
dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Bahasa slanga merujuk kepada Kamus Dewan edisi
keempat ialah kata-kata yang terdiri daripada ungkapan dan sebagainya yang
tidak tergolong dalam bahasa baku, seringnya digunakan dalam percakapan tidak
rasmi. Ia juga boleh diertikan sebagai pertuturan yang menyimpang daripada
norma sebutan atau tatabahasa. Beginilah
keadaan bahasa kita sekarang. Kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan
meluas ini banyak istilah baru yang muncul bagi memudah ekspresi. Contoh istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga ialah:
Caye - percaya
Caye - percaya
Camni - macam ini
Teypon - telefon
Ari - hari
pastu - lepas itu
lak - pula
amacam - apa macam
fon - telefon
cite - cerita
kuar - keluar
nape - kenapa
Teypon - telefon
Ari - hari
pastu - lepas itu
lak - pula
amacam - apa macam
fon - telefon
cite - cerita
kuar - keluar
nape - kenapa
Contoh Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Komik
Istilah-istilah ini
pada peringkat awal digunakan hanya untuk memerihkan suasana sahaja, namun
demikian lama kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam percakapan. Hal ini
menyebabkan generasi-genarasi muda yang akan datang akan terpengaruh dengan
budaya bahasa slanga yanga digunakan pada masa kini. Jika direnungkan sejenak
apakah kesan jaka panjang jika bahasa slanga masih terus digunakan oleh generasi
kini, maka dapat disimpulkan bahawa generasi akan datang akan mewarisi bahasa
melayu yang telah menggunakan istilah-istilah baru.
“Bahasa slanga seelok-eloknya dielakkan. Bahasa slanga atau bahasa metropolitan adalah bahasa yang merosakkan citra bangsa kita. Ini terlihat pada novel popular, gaya bahasa tersebut tidak dapat menyumbangkan markah dalam peperiksaan subjek bahasa Melayu, maka dalam cerpen juga tentulah ia tidak dapat diterima. Janganlah juga anda memuatkan ungkapan-ungkapan atau bentuk perkataan yang biasa dilakukan dalam sms. Saya juga ingin menasihatkan anda menghindari penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang terlalu banyak. Anda boleh menguasai bahasa bukan bahasa ibunda, tetapi itu bukan bermakna anda perlu menggunakannya tidak kena tempat.”

Faisal Tehrani, Karya Nan Indah, hlm.
169.
No comments:
Post a Comment