Friday, March 16, 2012

x) Cuba Try Test


Perkataan  “Cuba Try Test” merupakan perkataan yang sama maksud tetapi kerap digunakan oleh kebanyakan orang. Walaupun mengetahui umum kesalahan penggunaan kata namun dek kerana keterbiasaan yang telah menyebabkan perkataan ini sering digunakan oleh semua orang tidak kira sama ada yang berpendidikan tinggi mahu pun berpendidikan rendah. Penggunaan perkataan ini seharusnya tidak perlu ada dalam diri seseorang yang berpendidikan kerana penggunaan perkataan tersebut sudah terang lagi bersuluh kesalahannya. Contohnya perbualan antara rakan-rakan pelajar IPTA:

Pelajar A: kenapa kad ni tak boleh guna pula, adoi…

Pelajar B: yeke, cuba buat sekali lagi

Pelajar A: tak boleh la, dah banyak kali dh aku cuba

Pelajar B: ambil kad aku ni, cuba try test nak tengok boleh guna ke tak…

Pelajar A: ok, terimas

Begitulah perbualan antara pelajar yang sempat di dengar.

No comments:

Post a Comment